Naruto Uzumaki Maple Story

Saturday, 14 June 2014

Headphone oh Headphone!


Hye uollss.. Hari ni aku peroleh kerajinan nak update belog aku yang dah nak mula bersawang ni. *Bajet ade orang baca* 

Biarlah ada orang baca ke tak ade ke aku tetap nak post. Hari ni aku nak kisahkan satu kisah kat kome. Tapi, kisah apa yang aku nak kisahkan? *garu kepala*

Haaa.. aku dah ingat dah kisah ape yang aku nak kongsikan. Ni satu kisah yang baru je berlaku pagi tadi. Macam ni, aku ada satu je headphone yang aku beli dekat downtown. Murah je RM10 je. Sayangnya baru pakai beberapa bulan *mungkin 2 bulan* dah rosak. Sebelah kanan punye tak keluar dah suara dia. Jadi, selama ni aku pun dengar guna belah kiri je lah. Aku sendiri pun tak tahu, mungkin aku yang ganas sangat kot sebab tu rosak. 

Nak dijadikan cerita, pagi ni aku bukak u-tube. Nak cari mood study lah kononnya. Aku pun carilah lagu yang boleh aku dengar, aku guna dua-dua belah headphone ni walaupun sebelah je yang ada suara. Lepas tu, tergerak pulak hati aku nak dengar Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun. Aku pun pasanglah zikir tu. Bila video tu dimainkan sejuk je hati dengar.Tenang rasanya.. Alhamdulillah. 

Tiba-tiba... aku dengar suara Hafiz Hamidun dekat sebelah kanan telinga aku jugak. *terkejut tetibe*
Aku bukak headphone belah kiri dan dengar betul-betul yang sebelah kanan. Ya Allah.. betul, rupanya memang ade suara dia.. Lepas tu, aku tutup zikir tu dan cuba cari lagu untuk aku dengar. Aku bukak lagu kegemaran aku Permata Yang Dicari. 

Tapi, bila aku cuba dengar, dah tak ada dah suara yang keluar kat headphone belah kanan aku ni. Subhanallah. *terkejut lagi sekali*
Aku tutup terus lagu tu lepas tu pasang balik zikir tadi dan ternyata suara tu ada. Subhanallah..
Kuasa Allah itu begitu besar. Bila-bila masa je Allah boleh tunjuk dekat hamba-Nya, lebih-lebih lagi pada hamba sekerdil aku.. 

Apa yang boleh kita ambil iktibar daripada kisah yang aku kisahkan ni, kome pikiaq la sendiri. Cuma aku nak bagi tahu yang benda ni memang betul-betul terjadi dan bukan rekaan aku je. Amalan kita hari ini yang akan jadi penyelamat untuk kita nanti, jadi, sama-samalah kita meningkatkan amalan kita..

Sebelum aku akhiri post aku ni, meh la ambik masa korang dengar Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun ni.. Selamat mendengar. (^___^)\/




Dah dengar dah ke? Mesti kome dah tenang sikit kan? Alhamdulillah.. Okay lah.. aku chow dulu..
Sebelum terlupa, setiap kata-kata aku tidak ditujukan kepada sesiapa pun dan hanya sekadar luahan insan PICISAN. Jaga diri dan Assalamualaikum. (^______________^)\/


>HaTiku buKaN HatImu<>hanya Aku Yang Tahu Apa Yang Ada Di DalamNya<

Sunday, 8 June 2014

Finale!



Yeaahhhh.. kita bertemu kembali tapi jangan risau aku tulis pendek je kali ni. hihiiiiiiii... *sengih sengih*
Kalau nanti korang tengok muka aku jadi macam kat bawah ni korang jangan pelik lah yer.


Kau terlibat dengan pementasan zombie ke kin??? OOHHHHH NOooooooo!!!!


Sudah semestinya tidak lerrrr.. Orang macam aku ni manelah ade bakat begitu.. Aku dah masuk fasa kritikal untuk Peperiksaan Akhir Semester ke-4 aku lahhh.. Orang lain dah ready tuk exam dan ade yang dah exam pun hari ni tapi aku baru nak print nota. Apadehal aku exam jumaat kot. Buat awal-awal nanti tak thrill laahhh..

Hahaaa... Thrill embah mu! Kau tahu tak ni final exam kot. 40% untuk kau dapatkan keputusan yang lebih baik. Alaaaa.. Chillex la brader. Aku tahu lah cara aku macam mana. Sebab tu aku cakap kalau nampak muka aku macam tu jangan pelik. Aku akan berjuang habis-habisan lepas ni. Ni jadual final exam aku, jadi korang tolong doakan aku yer..

BBI 2421 - 13 Jun 2014
FEM 3108 - 16 Jun 2014
FEM 3106 - 16 Jun 2014
FEM 3107 - 19 Jun 2014
MTH 3003 - 20 Jun 2014

Nama penuh subjek tu tak payah le aku nak kabo yerr.. aku malas nak taip panjang-panjang. Jadinya, di sini aku nak minta maaf dari segala hujung ke hujung lahhh.. Maafkan aku ye. Aku jugak nak mintak kome halalkan segalanya yang kome bagi kat aku. Tak kiranya kome belanja ilmu ke makan ke jalan-jalan ke. Tolong halalkan yerrrr.. Bagi yang aku terhutang atau berhutang tu, nanti roger aku yer.. Maaf sangat-sangat sebab aku tak sempat nak bayar. Aku halalkan segala apa yang aku bagi kat kome. Doakan yang terbaik untuk diri kita semua ye.. Okay geng.. gua chow dulu laaaa gua nak sediakan peluru banyak-banyak ni!


Sebelum terlupa, setiap kata-kata aku tidak ditujukan kepada sesiapa pun dan hanya sekadar luahan insan PICISAN. Jaga diri dan Assalamualaikum. (^______________^)\/






>HaTiku buKaN HatImu<>hanya Aku Yang Tahu Apa Yang Ada Di DalamNya<

Campak Belakang!


Fuhhhhhhhhh.... *tiup tiup habuk*

Hari ni aku nak campak belakang kisah semalam. Sempena cuti Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong pada 7 Jun 2014, aku telah mencipta memori bersama-sama keluarga aku ke Pulau Pangkor , Perak.

Okay, meh aku cerita sikit. Perancangan nak pergi bercuti ni mama bagi tahu kat aku dua minggu lepas masa aku balik rumah.

Mama : kakak, jom pergi Pangkor.
Aku : Wow! Pangkor? Jommmmmmmm... *buat muka comel*

Lepas mama bagi tahu tu, aku excited gilerrrr... Yelahh.. dah lama sangat aku tak pergi bercuti dengan keluarga dan inilah masa yang dinanti-nantikan selama ini.. woohooooo... *Senyum Lebar*

Lepas 9 tahun, akhirnya aku pun menjejakkan kaki aku kat Pulau Pangkor. Serius! aku tak tipu. Kali terakhir aku pergi Pulau Pangkor masa Kem Pengawas Sekolah masa aku darjah enam. Aku bertambah excited bila mama beli package Snorkeling!

Wow! 


AWESOME!

Walaupun mama tak tahu Snorkeling tu binatang ape, demi menggembirakan anak-anaknya, mama beli pakej tu. Itulah kali pertama keluarga aku ber- snorkeling di Pulau.

Harga pakej untuk snorkeling + pusing pulau = RM120 *untuk 6 orang*
Harga tiket Feri = RM60 *pergi dan balik*

tu harga yang mama bayar. Fuhhhhhhh... Akak kat LUMUT tu ambik RM50 caj perkhidmatan dia. Aku tahu ni sebab dalam sampul yang dia suruh bagi kat Abang Jamal tu ada RM70. 
Banyak gila dia ambik. =____="

*pesanan Penaja : Jangan beli pakej di LUMUT.* *Beli masa dah sampai sana!*

Sebelum pergi seberang, aku dengan adik 'mengepau' Abang Ajib. hihiiiii.. Dapatlah topi sorang satu.

Lepas beli topi dan tiket, kami pun melangkah masuk ke dalam jeti. 

FUUUHhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh......

Barisan yang nak ke Pulau Pangkor panjang bak hanggggggg... 3 bijik Feri tak muat kau tahu?? Keluarga aku dapat naik Feri yang ke-4. Alhamdulillah.. Sekurang-kurangnya, dapat jugak kami naik feri daripada kena tunggu lebih lama.. Serius, semalam memang ramai gilossss orang yang nak pergi sana sebab lepas kami naik feri, aku tengok barisan sama panjang dengan masa kami beratur.. 

*Sektor Pelancongan memang MENGUNTUNGKAN!*

Masa naik feri ni, benda yang paling best adalah masa kita bersidai dekat tepi dek*ape tah namanye, aku bantai je ni* tu. Masa nilah kita nak menikmati ciptaan Allah yang mengujakan. Di awal pelayaran (konon), mata aku dihidangkan dengan kapal-kapal perang yang besar-besar. Yelah.. Lumut kan ade Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), sebab tu aku dapat tengok kapal-kapal ni. Lepas tu, ade lah nampak kapal perang yang sedang dibina kat dalam kawasan dia. 

Sekitar 30 minit, aku dengan keluarga aku pun sampai dekat destinasi yang kami tuju iaitu Jeti Pangkor. Bila dah sampai sini, korang kene berani lah nak rebut VAN PINK yang nak hantar korang kat destinasi. First time aku tengok situasi macam ni dan aku kelu tak terkata. Aku tengok je orang pergi kejar pemandu van tu tanya destinasi. Masa ni jugak, terjadi sedikit kekeliruan antara kami, sama ada van tu kena bayar ke tak. Mama kata tak payah bayar sebab dah masuk dalam pakej tapi abang ajib kata kena bayar. Persoalan terungkai lepas aku tepon akak tadi. Akak tu kata kena bayar pulak, masa kat LUMUT dia cakap lain kat mama. Aku geram betul dengan akak ni! =_____="

*pesanan penaja : Jangan percaya cakap orang bulat-bulat!*

Kami pun naiklah Van Pink tu pergi Teluk Nipah dan mencari Abang Jamal. Untuk pengetahuan korang, aktiviti-aktiviti seperti Snorkeling, Banana Boat, Big Marble, Jet Ski dan Pusing Pulau *antara aktiviti yang aku ingat* dibuat di Teluk Nipah. Jadi, kalau korang nak buat aktiviti-aktiviti ni, terus pergi dekat Teluk Nipah kay. 

Lepas jumpa Abang Jamal tu, ade geng dia namanya CD, dia yang hantar kami ke Pulau Giam. Jadi, aktiviti kami adalah di Pulau Giam ni. Yeahhh.. best gilossss naik bot dia. Bila dah sampai pulau ni, mama dan abah lepak je bawah pokok sebab mama dan abah tak bawak baju pun. Kami berempat je yang bawak baju nak mandi. Bermulalah penerokaan laut oleh Abang Wan, Abang Jib, Aku dan adik Mie. Kitorang pakai gogle dan corong yang abang Jamal bagi tadi. Ehhh... Lupa pulak, kena pakai Bouncy Aid *Jaket Keselamatan* jugak tau sebab kalau korang tak reti berenang, BA ni yang akan apungkan korang kat dalam air. 

Walaupun aku pernah buat sekali, tapi paniknya tetap ada. Mana tak paniknya, kena bernafas guna mulut. Selalu kau bernafas guna ape? Hahh tahu pun. Lepas tu gogle tu pulak asyik masuk air je. Semalam je entah berapa liter air laut aku dah telan. hihiiii... Antara kitorang berempat, adik Mie paling EXCITED! Macam tak penat langsung dia. Asyik ajak aku masuk air je. Aktiviti ni mengeratkan hubungan kitorang berempat tau! Best sangat! 

Part paling best sekali masa kitorang jumpa gamat. Abang abang dan adik aku excited sangat sebab aku suruh dorang ambik gamat tu. Aku bagi dorang peluang tuk pegang macam mana gamat tu sebenarnya. Mula-mula, dorang geli, lepas tu dah boleh pegang dah.. Heeeee... Selain jumpa gamat, kami main-main dengan ikan. Bawak roti lepas tu bagi dia makan guna tangan. Yang ni memang aktiviti kegemaran aku. hihiii

Wahai gamat, kau jagalah amanah yang aku dah bagi semalam ye.. (^______^)\/

Macam biasalah kan, bila dah main air, mesti lapaq punye. Kami pun naik makan nasi impit + kuah kacang mama. Perghhhh.. sedap sangat mama masak...  Bila dah kenyang, sambung lagi sampai puas. Memang orang kata ber- snorkeling sampai lebam lah semalam.. Lepas dah puas main air dekat pulau tu, kami pun balik ke seberang. Dalam perjalan balik tu, abang CD bawak kami pusing pulau. Kami dapat tengok batu bentuk penyu, buaya dan paus. Sungguh indah ciptaan Allah.. Subhanallah..

Kitorang bersiap-siap sebelum nak balik, sementara tu abah dan mama shopping dulu. Lepas siap, abang ajib belanja Aiskrim Goyang. Yang ni AWESOME! best gila aiskrim ni. Sedappp derr.. 

Kitorang balik ke Jeti naik Van Pink tadi sekali lagi. Waktu balik ni orang tak seramai masa kami nak pergi. Bila semua dah penat, tidur jelah dalam feri ni haaaaa... Dah tak rajin nak duduk dekat dek lagi. Lagi pun ruang sebelah bawah ni kosong .. Tu yang best sangat tu.. Sekitar 30 minit, kitorang punsampai dekat Jeti Lumut. Masa kat jeti ni, semua orang shopping kecuali aku. Hahaaa.. aku sendiri tak tahu nak beli ape, sebab tulah aku tak shopping. Kalau korang nak mintak ole-ole, memang tak adelah. Maaf yer.. 

Lepas shopping, kitorang makan kat tepi laut. Waaaaaaa... cantik sangat tengok matahari terbenam. Subhanallah.. *Menyimpan angan-angan masa depan.* *sengihhhhhh* (^______^)\/

Akhirnya kitorang pun memulakan perjalanan balik ke rumah. Maka, berakhirlah kisah campak belakang aku.  Dalam hati aku, lepas ni aku nak bawak keluarga aku pergi Pulau Redang pulak. Aku nak buat Snorkeling dekat sana. Semoga impian aku ni menjadi kenyataan. 

Mehhh aku belanja gambarrr.. (^______________^)\/


Raja di hatiku. Abah kesayangan.


Permaisuri di hatiku. Mama Kesayangan.

Abang Wan. Abang Kesayangan.

Abang Ajib. Abang Kesayangan.

Ni aku. Kesayangan Semua. hihii..

Adik Mie. Adik kesayangan.

 
Ni keluarga aku. (^_^)\/

Meh aku tunjuk gambar sebelum bertolak :




Yang ni dalam kereta. Memang kerja kitorang ni ber- selfie jer.. 



Ni pulak masa kat atas Feri :




 Yang ni dah sampai Pulau Pangkor dan mase nak balik. Aku malas nak hurai panjang-panjang, korang tengok jelah ye.. (^_^)\/





 Ni batu bentuk paus yang aku cakap tadi. 







Ni batu bentuk kepala Buaya




Ni batu bentuk Penyu

















Sang Gamat yang menyimpan seribu satu memori. 

























 Okayyy.. dah habis dahhh.. weeee.. Jadi dengan ini, tamatlah entry Campak Belakang aku kali ini. Jumpe lagi nanti.. Sebelum terlupa, setiap kata-kata aku tidak ditujukan kepada sesiapa pun dan hanya sekadar luahan insan PICISAN. Jaga diri dan Assalamualaikum. (^______________^)\/

p/s : terimasihhhhh pada yang membaca.  Gambar-gambar di dalam belog ini adalah hak milik peribadi aku, jadi korang dilarang untuk meng-kopi atau apa-apa sahaja yang berkaitan. Sekian, terimasiihhhh...



>HaTiku buKaN HatImu<>hanya Aku Yang Tahu Apa Yang Ada Di DalamNya<