Naruto Uzumaki Maple Story

Sunday 12 May 2013

Usher & Pantun



fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..... Tiup-tiup habuk... huh.. bersawang dah blog kikin nieh! heheee... Hye cuties semua.. maaf lama tak update blog (^_^)V ..

Eh kikin! Aku tak kisah pun kau tak update blog ni ha, bukan best pun!
Amboyyy... sentap mak! Ade aku kesah kau peduli ke tak? Blog aku lah! Ahakkksssss...

Satu pengalaman baru yang kikin dapat daripada Majlis Kecemerlangan Pendeta (MAKP 21) yang telah berlangsung pada 28 April 2013 di Nilai Spring Hotel Resort adalah menjadi UsHeR. Kikin sendiri tak pernah jadi usher sebelum tu dalam apa2 majlis sekali pun.. Sejujurnya, kikin tak rajin turun untuk jadi AJK dalam mana2 aktiviti kolej cuma MAKP 21 ni telah berjaya menarik minat kikin dalam menjadi salah satu tulang belakang yang menjayakan sesebuah majlis.. Ternyata bukan mudah untuk menjadi tulang belakang ni. Daripada Unit Persiapan Tempat kikin diserap menjadi Usher dalam Unit Protokol.. Walaupun hanya usher penerima anugerah, kikin kena tahu semua tugas usher dalam majlis tersebut.. Pengalaman yang menarik dan menyeronokkan dengan kehadiran kawan2 ajk yang lain..

daripada usher, kikin ditarik lagi oleh seorang sahabat untuk menjadi PeMaNtuN kolej dalam Pertandingan FaSiH '13 ... Banyak juga yang kami para pemantun dapat daripada pengalaman baru ini.. daripada kosong tentang pantun, kikin dapat pengetahuan n pengalaman dalam pantun.. Para peserta semuanya hebat-hebat belaka.. Kumpulan pantun kikin diberi nama PusPaSeRi yang dipilih sendiri oleh rakan pemantun yang lain.. nama yang dipilih ini membawa maksud bunga yang berseri.. Almaklumlah, semua pemantun kolej ni adalah bunga... Para juri juga memberi komen2 yang positif dan memberangsangkan dan ini memberi peluang kepada kami untuk meningkatkan prestasi dan memperbaiki kelemahan kami..  Pengalaman ini akan kami bawa untuk kegunaan masa hadapan..

Di sini, kikin sediakan beberapa keping gambar untuk tatapan comel-comel semua.. :D


-Menyelit je antara MTM ni semua.. hehe-

-kikin ade gak dalam ni cuma terselit kat celah2..hehe..tersilap pilih tempat-

                                                                -kikin,biha,syima-

-ushers,mc,sm-

-kikin n kak ika-

-semasa menyambut tetamu di pintu-

-kikin n kak syu-

-Ketua aras, Ketua blok,kikin..hehe-

-Bergambar sebelum balik-


-ushers.. alamak! tangan alia menghalang muka kikin-

-gamba candid paling comel-

-Unit Persiapan Tempat-

-Memang muka kami jelah-

-Piala terbaik keseluruhan Za'Ba-

-MAKP best!-

-ushers-

-Selepas majlis selesai-

-Pentas kecil untuk tandatangan n bergambar.. ala-ala retiisss Final Year ni-

-AJK MAKP 21-

-PuTeri Puspaseri-


Tu jelah gambar-gambar yang ada.. gambar-gambar tu semua kikin ambil daripada senior kolej n kawan2 yg turut serta dalam majlis n pertandingan tersebut.. Akhir kata, kikin nak ucapkan terima kasih kepada semua yang memberi kikin dorongan n galakan untuk menyertai aktiviti2 ni.. Terutamanya, mama n abah.. Terima kasih banyak2.. Terima kasih juga kepada Nurul Izzatie kerana memberi peluang kepada kikin untuk menjadi salah seorang pemantun Puspaseri..

p/s : pengalaman mengajar kite untuk menghadapi hari muka..

>HaTiku buKaN HatImu<>hanya Aku Yang Tahu Apa Yang Ada Di DalamNya<