Naruto Uzumaki Maple Story

Saturday 13 July 2013

Wolf Pirate Menawan Sg. Siput!



Hye kawan-kawan... ape kabo kome semuanya? moga-moga kome sihatlah ye.. entry kali ni tajuk nye :

Wolf Pirate Menawan Sg. Siput!

Dah macam headline surat khabar je.. hee.. well..tajuk kene gempaq  baru semangat nak cerita.. heheee..
Pada 24-26 Jun yang lepas, kikin join satu kem kepimpinan yang bernama :

'Kem Rakan MPP Gather Together '

Kem ni berlangsung selama 3 hari 2 malam di Kem Rekreasi Intan Suraya, Sg. Siput, Perak. Disertai seramai 24 peserta iaitu 15 lelaki dan 9 perempuan.. <----dah macam buat report je! Boshan..

heee... kembali ke format ala-ala comel bersama kikin.. :)

Kikin tahu mengenai kem ni lebih kurang sebulan awal sebenarnye, cuma tak buat keputusan je... Masa mula-mula dijemput kikin dah rasa honour n nak sangat pergi cuma masa tu terlalu mengharap agar ada kawan pergi bersama maka keputusan tak dibuat secara rasmi.. Tapi, sejujurnya kikin dah bagi tahu mama yang kikin nak pergi kem tu tapi tak confirm lagi.. Bila dah terlalu lama, kikin dah lupakan kem tu sampai satu hari kikin dijemput semula.. heee.. masa tu lebih kurang 3 hari sebelum last paper kikin pada 21/6.. Disebabkan barang2 kikin dah balik rumah dulu,kikin jadi 50-50 je nak pergi.. yela barang keperluan tak cukup..

Namun begitu, hati ni tergerak juga nak pergi dan kikin mula mencari kawan yang tahu tentang kem ni @ yang memang berminat pergi kem.. Akhirnya, kikin berjaya yakinkan zatie untuk join kikin pergi kem ni.. Dengan gembiranya kikin pun bagila details semua pada Abg Bukh sebab dia lah yang jemput.. heee... Memang terasa honour sangat bila dijemput sendiri oleh YDP MPP UPM tuk join kem ni.. hehheeee... 

"Ku Sangka Panas Sampai ke Petang rupanya Hujan di Tengah Hari" 

Dalam excited nak pergi tuh, ade jugak halangannye walau tak seberapa.. Pertama, tak ada member sebab zatie dah cancel saat akhir dan kedua, kaki kikin bengkak n sakit sehari sebelum kem berlangsung.. Untuk masalah pertama,kikin dapat settlekan dengan bantuan kawan-kawan baik kikin yang sudi berkongsi pendapat dan perasaan dengan kikin masa tu.. Tapi ayat Ashwani memang kikin tak akan lupa sampai bila-bila..

"Kalau tak ada member pun,satu hari nanti kene berdikari jugak"

Sejujurnya ayat ni buat kikin tersentap masa tu.. kikin mula berfikir panjang dan lebih rasional.. kikin fikir pro n cons kalau kikin join kem tu dan Alhamdulillah Allah gerakkan hati kikin untuk teruskan juga kembara pengalaman kikin tu.. Untuk masalah kedua, mama kikin yang mainkan peranan.. 22/6 kikin gerak balik ke Hutan Melintang,Perak untuk mengambil keperluan-keperluan harian yang kikin dah hantar balik lebih awal.. Kemudian 23/6 kikin bertolak ke Serdang semula dan tumpang menginap kat rumah zatie.. Sehari kikin kat rumah, pergelangan kaki mula sakit dan kaki mula membengkak.. kikin dah mula 50-50 lagi untuk pergi kem sebab takut kaki jadi lagi teruk dan mudarat.. Pagi ahad sebelum kikin gerak p Serdang, mama bawak kin pergi beli minyak kat member mama.. Dengan berbekalkan minyak tu lah kikin nekad untuk teruskan kembara pengalaman kikin.. Alhamdulillah.. kaki kikin bertambah baik dan semua aktiviti kikin dapat join.. :)

Meh kikin cerita perjalanan kem Gather Together ni...

Hari Pertama

kami gerak dari UPM pada jam 9.50 pagi dan tiba di Kem Rekreasi Intan Suraya pada jam 3.32 petang.. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 6 jam sahaja (tambah tolak berhenti rehat).. hewhewhew.. Lama wooo 6 jam perjalanan tuh.. sementara nak sampai ke destinasi tuh, 2 movie jugak kami habis tonton.. Bila dah sampai, kami diberi kunci 'rumah' dan diberi masa untuk berehat.. Memang AWESOME sangat kem ni sebab 1 rumah boleh muat sehingga 20 orang dan cuma 2 rumah sahaja untuk peserta iaitu 1 lelaki dan 1 perempuan.. Rumah tuh pulak ada kemudahan air-cond dan tv.. heee... First time kikin pergi kem yang selesa macam tuh.. Petang tu, aktiviti pertama kami adalah main siput.. heee... macam biasalah kan, bila ditanya siapa tahu semua buat2 tak tahu.. padahal dah pernah main dah.. hehee.. maaf ye abg siput.. #Ehh..

Lepas main siput, aktiviti ice breaking pula menyusul.. Disebabkan hanya ada 24 orang peserta sahaja, kami hanya membuat satu bulatan yang besar sahaja dan masa yang diambil untuk semua peserta memperkenalkan diri masing-masing adalah tidak begitu lama.. Pada malam hari pula, aktiviti yang dijalankan semakin menarik.. Aktiviti pertama untuk sesi malam pertama kami di kem tersebut adalah 
'Katak Lompat Ke Dalam Kolam'
Dalam permainan ini, kami perlu fokus dan peka..walaupun pertama kali main, kikin dapat jadi top 5 jugak tau.. heheee... lepas main katak, kami diberi sekeping kertas dan sebatang pensel untuk melukis secara bebas sama ada benda@perkara@sesuatu yang berkaitan dengan diri sendiri.. Lepas tuh, lukisan kami dikutip dan diedarkan secara rawak kepada orang yang berlainan.. Berdasarkan lukisan yang kami dapat, kami perlu memberi sedikit komen tentang diri tuan empunya lukisan dan teka gerangan tuan yang empunya lukisan tersebut.. Bab-bab teka ni memang kikin kurang pandai.. Berdasarkan lukisan yang kikin dapat, kikin compare dengan lukisan adik Zhafran yang pernah di-interprate-kan oleh sir Tan, kikin dapati tuan empunya lukisan tersebut seorang yang kesunyian,perlukan cahaya dan sukakan kedamaian.. kikin cakap begitu sebab lukisan tersebut adalah pemandangan di sawah padi.. pertama, terdapat 4 ekor burung tetapi terbang ke arah yang berbeza.. Jadi, pandangan kikin, orang begini dia ada kawan tetapi dia lebih suka menyendiri..So,sebab tu kikin cakap dia kesunyian.. Kemudian sawah padi yang terbentang menunjukkan dia suka akan kedamaian dan cahaya pula merujuk kepada matahari.. heeee... Tu pandangan kikin je dan kikin dapat teka orang yang betul.. hebat tak? heeehee.. sebenarnya kikin dapat teka sebab dia pakai pen warna hitam untuk melukis dan hanya dia yang pegang pen tuh.. So, Zaki gotcha! hehe.. Maaf ye kalau Information aku tuh salah.. Aku cuma bagi pandangan je.. :)

Aktiviti paling AWESOME untuk hari pertama adalah NIGHT WALK.. dan yang paling penting night walk kem ni adalah betul-betul mengembara di dalam hutan yang gelap dan kelam lagi mencabar.. aktiviti ni betul-betul mencabar kemampuan fizikal kikin hari tuh.. Yelah.. dah lama tak p jogging kat bukit ekspo tuh pastu kene masuk hutan.. Semput mak nok!
Night walk ni memang kikin terpaksa bergantung kepada salah seorang ahli kumpulan.. Terima kasih banyak-banyak dan minta maaf banyak-banyak sebab menyusahkan kau, Aiman..heeee.. Yang bestnye kami dapat melihat Empangan Chenderoh pada waktu malam.. Dalam aktiviti night walk ni, kikin dapat lihat 'Batu Dua' , 'Batu Hidup' dan Pokok Cheloreng.. Batu Dua ni adalah kubur orang asli zaman dulu kala, Batu Hidup adalah batu yang semakin lama semakin membesar dan Pokok Cheloreng @ Pokok Askar ni adalah 'Rumah Penunggu Hutan'.. heeeee... seram tak? Alhamdulillah.. perjalanan kami malam tuh dipermudahkan oleh-Nya dan tiada sebarang perkara yang tak diingini berlaku.. Night Walk ni ada 2 sesi tau, 1 yang masuk hutan tadi dan lagi 1 kami perlu balik ke kem seorang demi seorang dari tempat perhentian kami yang terakhir.. Yang balik sorang-sorang ni agak menyeramkan juga.. Yelah tengah-tengah malam jalan sorang-sorang kat tepi hutan.. apa perasaan? Walau pun ada rumah kat tepi-tepi, still ada juga rasa seram tu.. Alhamdulillah.. kikin dapat hadapi dengan jayanya.. yeayyyyyy... :)

Night Walk adalah aktiviti terakhir untuk malam pertama kami di kem tersebut.. Namun begitu, kami diberi tugasan untuk menyiapkan bendera, nama kumpulan dan cheers.. heeee... Malam tuh, sebelum tido kumpulan kikin berjaya menyiapkan kesemuanya.. Yeaayyy... Bila dah balik bilik apa lagi,,, tidolah! heeee.... Tapi kikin jenis susah nak tidur kat tempat baru, jadi asyik terjaga je tambah-tambah lagi teringat Batu Dua tuh.. heheeee...  Okay.. tamatlah hari pertama.. Panjang nyeeee... :)


Hari Kedua

Aktiviti untuk hari kedua ni memang kikin suka sangat-sangat... heee... Flying Fox dan Rakit memang sangat-sangat awesome!  Flying Fox walaupun dah pernah buat, bila kat atas tuh terasa juga gayatnya.. Setelah selesai ber-Flying Fox, kami teruskan aktiviti membina rakit.. Pertama kali nak bermain rakit memang membuatkan kikin excited.. Kami diajar oleh Kak Long cara-cara mengikat rakit dengan betul.. 3 buah rakit berjaya dibina oleh kami semua.. Lepas zohor kami mula menjalani aktiviti air.. Sebelum berakit, kami membuat aktiviti Water Confident.. Perlu terapungkan diri dan berenang.. Oh Mak! orang yang seberat kikin cane nak terapung? Tambah-tambah tak reti berenang, memang mintak tenggelamlah tuh.. heeee.. Nasib baik ada BA @ Bouncy Aid tuh, terapung gak kikin nih.. heheee.... Payah jugak nak berenang guna benda alah tuh.. huuuu... Bila dah habis aktiviti tuh, kami berakit.. woohoooo... yang ni memang awesome! Rakit kikin paling bersemangat sekali sebab 1 Sungai Siput boleh dengar jeritan semangat kami.. Yeahhhh... Wolf Pirate memang AWESOME! heeee... Mula-mula kikin jadi penumpang je tapi lepas tuh rasa tak best kalau tak cuba mendayung.. so, kikin pun tukar tempat menjadi pendayung lak.. Memang Awesome! Suka sangat-sangat...  Thanks korang sebab bagi pengalaman ni kat kikin.. :)

Lepas aktiviti berakit, kami diberi masa berehat,.. Semua tertidur kerana kepenatan.. heee... Malam tersebut kami ada BBQ.. heee... Memang best lah..Sebelum memulakan aktiviti seterusnya yang agak serius, kami diperkenalkan lagi dengan permainan OSOM.. Best juga.. Dah lama tak jadi kanak-kanak dan main osom-osom dengan member.. Aktiviti seterusnya sememangnya agak serius iaitu dikenali sebagai SIMULASI.. Setiap kumpulan diberi satu tema berkaitan masalah pelajar di UPM.. Kami dilantik menjadi MPP sementara pada malam tersebut.. Sejujurnya, bila aktiviti serius macam ni kikin jadi blurr... Maaf ye Wolf Pirate sebab tak bagi comitment sepenuhnya malam tuh.. huuhuu..  Pembentangan simulasi tuh memang sangat tegang dengan soalan-soalan panas dari 'Pelajar Tahun Satu' dan jawapan-jawapan YDP setiap kumpulan memang hebat-hebat dan matang... Sejujurnya, kelu lidah untuk berkata-kata bila soalan yang diajukan bertalu-talu seperti itu.. heee.. kalau tak bijak menangani situasi tersebut memang boleh jadi stress sangat-sangat... Jadi, di kesempatan ini, kikin nak ucapkan ribuan terima kasih pada abang-abang dan akak-akak MPP UPM di atas segala usaha kalian membantu mahasiswa/siswi UPM.. Tahniah kerana menjadi pemegang amanah yang amanah dan bertanggungjawab.. :)

Hari Ketiga

Akhirnya tiba juga pada hari terakhir di Sungai Siput, Perak..heeee... Aktiviti kami pada hari tersebut adalah Explorace.. Setiap check point ada tugasan yang berbeza dan mencabar..Check point pertama kumpulan kikin adalah bermain dengan mancis.. heee...nampak macam tak mencabar tapi ambil masa gak nak fikir jawapannya.. Check point kedua, kami bermain dengan cawan,tali dan getah..Yang ni credit untuk Asilah sebab dia boleh fikir dengan begitu cepat jalan penyelesaiannya.. Check point ketiga,  bermain dengan tali.. Yang ni memang perlu berfikir panjang dan kikin akan ingat sampai bila-bila sebab kikin suka..Check Point keempat main baling kasut.. heee... dulu masa kecik-kecik selalu main ni tapi yang ni kene baling botol.. dulu kikin baling tin kosong @ selipar je..Check point terakhir kami ialah bermain dengan sebatang besi.. Game dia sangat simple dan mengambil masa yang cepat untuk selesai.. Akhirnya, kumpulan kami berjaya menghabiskan kesemua game dengan jayanya dan menjadi kumpulan terawal selesai.. yeayyy... Wolf Pirate, Thumbs Up! Sejujurnya, explorace kem ni best.. heee... Lepas explorace adalah majlis penutup.. Setelah selesai majlis penutup, kami dihidangkan makanan tengah hari dan berkemas pulang ke UPM..


Kesimpulannya, banyak perkara yang dapat kikin garap daripada kem tersebut.. selain berkenalan dengan kawan-kawan baru, kikin dapat satu pengalaman baru semasa dan selepas kem tersebut..  Di kesempatan ini, kikin nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua insan-insan istimewa yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung di atas penglibatan kikin dalam kem ini.. Terima kasih juga buat semua peserta Kem Rakan MPP Gather Togather atas segala-galanya dan minta maaf juga atas segala-galanya.. Akhir sekali, terima kasih kepada MPP UPM di atas usaha kalian menjayakan kem ini dan tahniah!

Thumbs Up, MPP UPM! :)

Meh kikin kongsi sikit gambar aktiviti kami.. Credit kepada kak Wawa Qirin.. :)






























-Itulah perkongsian kikin serba sedikit tentang kembara pengalaman kikin di Sungai Siput..Jumpa lagi entry akan datang.. Kisah Pulau Kapas pula bakal menyusul-

>HaTiku buKaN HatImu<>hanya Aku Yang Tahu Apa Yang Ada Di DalamNya<

Thursday 20 June 2013

Camping Jom!




heheeee.. dalam sehari, ni kali ke-2 kikin post entry.. So, kali ni nak ajak member p camping.. pujuk memujuk memang bukan bidang kikin lah tapi kena cuba gak.. kalau x cuba x tahu.. hewhewhew...

Kepada Nurul Izzatie bt. Mohd Fadzil,<--- harap2 nama ni betullah.. hehe

Di sini, Norasyikin bt. Azri @ kikin nak ajak hang p camping tuh.. hehe.. nak sebab ye? hurmmm.. mungkin sebab kat bawah ni boleh masuk dek akal..

Sebab-sebab :

1) zatie kan suka outdoor, so apa salahnya g camping ni.. mengisi masa lapang cuti ni..
2) Tak baik mengecewakan hati orang yg menjemput.. hehe <-- kita psiko2 sikit
3) kin dah ckap kan tadi, yang nak mengubat hati yang lara.. hehee.. jomlah!
4) boleh cuci mata abg2 MPP.. hewhewhew <--- gatal sikit je
5) Zatie mesti x penah pergi sg. siput perak kan? jomlah.. jauh perjalanan luas pemandangan kita dpat tengok.. hehe

dah la tuh.. lebih daripada dua nampaknya.. hehe.. Mohon zatie nak pergi.. :D

p/s : Join Kem cuti-cuti ni best jugak.. 

>HaTiku buKaN HatImu<>hanya Aku Yang Tahu Apa Yang Ada Di DalamNya< 

Unexpected Journey



Hye sayang-sayang semua.. ape kabo kome? teman kat sini baik-baik jer. Dah tak sabor nak tunggu masa nak balik rumah.. Cuti Sem la katakan.. Cepat betul masa berlalu.. habis Final Exam ni, maknanya dah setahun kikin jadi mahasiswa UPM. hewhewhew... Tapi hari ni bukan nak cerita pasal tuh.. Nak cerita pasal 'Unexpected Journey' kikin n friends..

~Perjalanan Pergi~

KPZ-->CIMB-->Restoran Village View-->Memulakan perjalanan ke I-City-->Sesat--> Tanah gersang--> Mengikut haluan ke Klang-->Teluk Panglima Garang--> Shah Alam--> I-City

~Perjalanan Pulang~

I-City--> Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang-->Memulakan perjalanan pulang ke UPM-->Shah Alam--> Mengikut haluan ke KL-->Jalan tidak berpenghujung-->Putrajaya-->UPM-->KPZ

Watak:

Izzatie : Pemandu Kereta Kuda
kikin : Co-Pilot
Luqman : Penunjuk arah <--- guna GPRS gitchuu.. ahahaa
Aneff : Penunjuk arah ke I-City
Apis : Pemurah hati <-- belanja kami makan :)

Tersebutlah kisah dua puteri tiga putera kpjettt berangkat dari UPM menuju ke 'restoran tak kisah' untuk santapan makan malam.. hewhewhew.. bajet putera puteri bagai je kikin nih.. hehee..
Kami berlima makan di Restoran Village View,Bangi sebelum bertolak ke I-City tuh.. Nak dijadikan cerita, perjalanan ni tak dirancang pun.. Masa makan, salah seorang dari kami mengajak ke I-City dan bila semua setuju, kami jalan je lah.. hewhewhew.. Sebelum nak gerak ke I-City kena tunggu GPRS (haha.. GPS lah!) di download dulu.. Kalau tak download GPS nye, macam mana nak pergi sebab semua pun tak tahu jalan ke sana.. Setelah sekian lama menanti GPS di download, bermulalah perjalanan kami yang penuh misteri..

Kami memulakan perjalanan menuju ke Shah Alam dengan memasuki Highway SKVE (kalau x silaplah) dengan berbekalkan GPS dan doa... Yang menjadikan kami sesat sebenarnya, kami terlepas satu simpang menuju ke shah alam semasa di highway berkenaan.. Kami terus sahaja dan setelah kami tahu yang kami sesat, hanya tawakal je lah.. Padahal dalam hati dah cuak giler mase tuh.. hehe.. Perkara misteri pertama adalah van misteri di Tol Teluk Panglima Garang.. Dari belakang, kelihatannya van itu seperti usang dan bergerak perlahan.. van tu penuh dengan barang tapi x sure barang apa.. Bila kami dah potong van tuh, lega sebab ternyata manusia yang memandunya.. hewhew.. Di tol tersebut jugak, ada sebuah lori kontena yang hangus terbakar kat tepi jalan.. Begetaqqq lutut temannn tengok..

Selepas tol tersebut, kami meneruskan lagi perjalanan di tanah gersang.. hewhewhew.. Misteri betul.. Jalannya dah la gelap pastuh banyak signboard yang dipadam.. Terkial-kial nak baca..Perjalanan di tanah gersang tuh agak panjang juga.. Sampai ada yang kata, kita ni dah masuk karak ke? Opsss... Lepas keluar dari tanah gersang tu, kami ikut haluan ke klang.. Dari klang kami gerak ke Shah Alam.. Bila sampai Shah Alam, kami ikut arah GPS .. Kene lalu banyak gak roundabout.. Lepas tuh, kami tersalah masuk ke taman perumahan I-City.. Beberapa kali jugak kami u-turn.. Bila dah dapat haluan yang betul, kami melalui jambatan yang dalam pembinaan.. Ingatkan jalan kami salah, rupanya kami masih di jalan yang benar.. hehe..

Alhamdulillah... akhirnya kami sampai di I-City, Shah Alam pada jam 11.57 malam.. Walau pun banyak yang dah tutup, kami gembira sebab akhirnya kami sampai juga.. Kami park kereta, pastuh memulakan perjalanan kami di sekitar I-City tuh.. Tangkap gambar tu perkara wajib lah bila kat sana.. Walaupun gambarnya cuma nampak hidung je, yang penting ada gambar.. hehe..

Selepas berjimba di bawah cahaya-cahaya lampu I-City, kami memulakan perjalanan ke Restoran Cinta Sayang di sekitar I-City.. Lepak-lepak.. sembang-sembang sampai ke pagi..Lebih kurang jam 3.30 pagi, kami memulakan perjalanan kembali ke UPM.. Disebabkan bateri fon dah kong, kami tak guna GPS.. Berbekalkan sign board, kami menuju pulang.. ya beda beduuuuuuuu....

Jalan tak berpenghujung adalah misteri kami yang seterusnya... hewhewhew...  Agak lama juga kami berada di jalan yang tidak berpenghujung tuh.. Bila dah jumpa Putrajaya, kami berada dalam zon selamat sebab Zatie dah biasa dengan kawasan sekitar Putrajaya tuh.. Yeayyyy.. Akhirnya kami tiba di UPM pada jam 4.30 pagi.. hewhewhew..

Maka dengan ini, secara rasminya kikin dah sampai I-City!!!! heeheheee...

Jadi, sekali lagi kikin nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Zatie, Luqman,Aneff dan Apis sebab menyampaikan hasrat kikin tuh.. Hehehee..

Hipotesisnye :
~Semakin Jauh Perjalanan, Semakin Banyak Perkara Misteri Berlaku~

Kesimpulannya :
~Perjalanan kami selamat! ~ hehe

Begitulah kisah kami yang penuh misteri.. hehe.. Bye2.. Jumpa lain kali.. Assalamualaikum..

~Aneff n zatie~

~Aneff,Zatie,kikin,Apis~

~Luqman n Zatie~

~Luqman,Aneff,kikin,Apis~

~ 3 putera kpjettt~

~Apis n kikin~

~Finally, kikin n snow man~

For pictures, credit to Nurul Izzatie.. :)


P/S : Masa bergelar student nilah masa nak jelajah semua benda.. :)

>HaTiku buKaN HatImu<>hanya Aku Yang Tahu Apa Yang Ada Di DalamNya< 

Tuesday 4 June 2013

CuTi ka Study?




fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..... Tiup-tiup habuk... huh.. bersawang dah blog kikin nieh! heheee...

hye semua.. ape kabo kome? hari ni kikin nak kongsi sal study week ... kome nak bace idak? kalau nak, sila teruskan dan jika bosan, sila tutup tab.. haaaa.... poyo tak? hahaaa...

Kikin kenal apa itu study week masa matrik.. kalau tak, kikin pun tak tahu study week tu menatang ape.. hewhewhew.. Kami diberikan seminggu sebelum Final Exam khas untuk belajar.. Tapi,,, tak semua orang guna minggu ni untuk belajar... Orang tuh kikin le,,, guna minggu study tuh untuk melaghakan diri.. mase kat matrik, study nye cume sekejap yang lebihnya tengok Drama Korea dan Games. heheeee... Meh sini bace beberapa jenis student dalam study week ni yang kikin nampak..

1) ZoMbiE

Study Week ni minggu yang memang WAJIB diberi kepada mahasiswa dan mahasiswi.. Dalam minggu ni la nak ketchup balik semua benda yang dah ketinggalan dalam kelas.. Minggu ni juga menjadikan seorang mahasiswa kepada zombie... Nak tahu kenapa zombie? Yelah,,, masa study week nilah ade student yang study gila2 sampai tak cukup tidur.. mana taknye, banyak subjek tak cover lagi.. bayangkan satu subjek ada 10 bab, kalau 5 subjek ada 50 bab.. dalam seminggu nak hadamkan 50 bab yang belajar dalam 14 minggu.. Mampu ke? 

2) Relax
Tapi, tak semua orang akan jadi macam zombie tuh! Ada juga yang akan nampak Relax je.. Student yang relax ni ada dua jenis je.. satu student yang dah hadam semua data yang masuk exam dan satu lagi student yang tak study apa2 pun..

3) Kelibut

Kelibut ni nama pendek bagi Kelam Kabut... Student begini adalah student yang tak ada nota atau buku yang boleh diguna untuk study.. Masa study week nilah dia akan kelibut cari member2 sana sini untuk copy nota dorang.. Mungkin masa seminggu tuh tak cukup untuk student ni nak hadamkan semua data lebih-lebih lagi dia akan ambil masa untuk cari nota tuh!

4) PeNunggu SejaTi 

Kalau di Universiti pula, kehadiran 80% sangat penting bagi mahasiswa untuk ambil Final Exam tuh! Jadinya, bagi mahasiswa yang selalu PonTeng secara sengaja atau tidak, akan menjadi penunggu sejati di hadapan bilik pensyarahnya. Penting kot! kalau tak boleh ambil final exam, boleh failed tau.. Selain tuh,, ada juga student yang jadi penunggu PA dia sebab nak ambil slip pendaftaran untuk masuk dewan peperiksaan..


Haaa.. kome jenis mana? kikin sendiri tak tahu kikin jenis macam mana.. hewhewhew...
Ceritanya kat sini, study week kat universiti, kita boleh balik rumah sepanjang minggu berbanding dengan masa di Matrik.. Justeru, mahasiswa itu sendiri perlu mengawal diri dia untuk study dan mengelakkan daripada jadi terlalu lagha..
Heee..... Jenis apa pun kome mase study week ni, yang penting jangan tak study langsung dan semoga berjaya mengahadapi final.. 

(^_^)V

p/s : Di mana pun kita berada, niat akan menentukan tindakan kita!

>HaTiku buKaN HatImu<>hanya Aku Yang Tahu Apa Yang Ada Di DalamNya<

Sunday 12 May 2013

Usher & Pantun



fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..... Tiup-tiup habuk... huh.. bersawang dah blog kikin nieh! heheee... Hye cuties semua.. maaf lama tak update blog (^_^)V ..

Eh kikin! Aku tak kisah pun kau tak update blog ni ha, bukan best pun!
Amboyyy... sentap mak! Ade aku kesah kau peduli ke tak? Blog aku lah! Ahakkksssss...

Satu pengalaman baru yang kikin dapat daripada Majlis Kecemerlangan Pendeta (MAKP 21) yang telah berlangsung pada 28 April 2013 di Nilai Spring Hotel Resort adalah menjadi UsHeR. Kikin sendiri tak pernah jadi usher sebelum tu dalam apa2 majlis sekali pun.. Sejujurnya, kikin tak rajin turun untuk jadi AJK dalam mana2 aktiviti kolej cuma MAKP 21 ni telah berjaya menarik minat kikin dalam menjadi salah satu tulang belakang yang menjayakan sesebuah majlis.. Ternyata bukan mudah untuk menjadi tulang belakang ni. Daripada Unit Persiapan Tempat kikin diserap menjadi Usher dalam Unit Protokol.. Walaupun hanya usher penerima anugerah, kikin kena tahu semua tugas usher dalam majlis tersebut.. Pengalaman yang menarik dan menyeronokkan dengan kehadiran kawan2 ajk yang lain..

daripada usher, kikin ditarik lagi oleh seorang sahabat untuk menjadi PeMaNtuN kolej dalam Pertandingan FaSiH '13 ... Banyak juga yang kami para pemantun dapat daripada pengalaman baru ini.. daripada kosong tentang pantun, kikin dapat pengetahuan n pengalaman dalam pantun.. Para peserta semuanya hebat-hebat belaka.. Kumpulan pantun kikin diberi nama PusPaSeRi yang dipilih sendiri oleh rakan pemantun yang lain.. nama yang dipilih ini membawa maksud bunga yang berseri.. Almaklumlah, semua pemantun kolej ni adalah bunga... Para juri juga memberi komen2 yang positif dan memberangsangkan dan ini memberi peluang kepada kami untuk meningkatkan prestasi dan memperbaiki kelemahan kami..  Pengalaman ini akan kami bawa untuk kegunaan masa hadapan..

Di sini, kikin sediakan beberapa keping gambar untuk tatapan comel-comel semua.. :D


-Menyelit je antara MTM ni semua.. hehe-

-kikin ade gak dalam ni cuma terselit kat celah2..hehe..tersilap pilih tempat-

                                                                -kikin,biha,syima-

-ushers,mc,sm-

-kikin n kak ika-

-semasa menyambut tetamu di pintu-

-kikin n kak syu-

-Ketua aras, Ketua blok,kikin..hehe-

-Bergambar sebelum balik-


-ushers.. alamak! tangan alia menghalang muka kikin-

-gamba candid paling comel-

-Unit Persiapan Tempat-

-Memang muka kami jelah-

-Piala terbaik keseluruhan Za'Ba-

-MAKP best!-

-ushers-

-Selepas majlis selesai-

-Pentas kecil untuk tandatangan n bergambar.. ala-ala retiisss Final Year ni-

-AJK MAKP 21-

-PuTeri Puspaseri-


Tu jelah gambar-gambar yang ada.. gambar-gambar tu semua kikin ambil daripada senior kolej n kawan2 yg turut serta dalam majlis n pertandingan tersebut.. Akhir kata, kikin nak ucapkan terima kasih kepada semua yang memberi kikin dorongan n galakan untuk menyertai aktiviti2 ni.. Terutamanya, mama n abah.. Terima kasih banyak2.. Terima kasih juga kepada Nurul Izzatie kerana memberi peluang kepada kikin untuk menjadi salah seorang pemantun Puspaseri..

p/s : pengalaman mengajar kite untuk menghadapi hari muka..

>HaTiku buKaN HatImu<>hanya Aku Yang Tahu Apa Yang Ada Di DalamNya<