fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..... Tiup-tiup habuk... huh.. bersawang dah blog kikin nieh! heheee...
hye semua.. ape kabo kome? hari ni kikin nak kongsi sal study week ... kome nak bace idak? kalau nak, sila teruskan dan jika bosan, sila tutup tab.. haaaa.... poyo tak? hahaaa...
Kikin kenal apa itu study week masa matrik.. kalau tak, kikin pun tak tahu study week tu menatang ape.. hewhewhew.. Kami diberikan seminggu sebelum Final Exam khas untuk belajar.. Tapi,,, tak semua orang guna minggu ni untuk belajar... Orang tuh kikin le,,, guna minggu study tuh untuk melaghakan diri.. mase kat matrik, study nye cume sekejap yang lebihnya tengok Drama Korea dan Games. heheeee... Meh sini bace beberapa jenis student dalam study week ni yang kikin nampak..
1) ZoMbiE
Study Week ni minggu yang memang WAJIB diberi kepada mahasiswa dan mahasiswi.. Dalam minggu ni la nak ketchup balik semua benda yang dah ketinggalan dalam kelas.. Minggu ni juga menjadikan seorang mahasiswa kepada zombie... Nak tahu kenapa zombie? Yelah,,, masa study week nilah ade student yang study gila2 sampai tak cukup tidur.. mana taknye, banyak subjek tak cover lagi.. bayangkan satu subjek ada 10 bab, kalau 5 subjek ada 50 bab.. dalam seminggu nak hadamkan 50 bab yang belajar dalam 14 minggu.. Mampu ke?
2) Relax
Tapi, tak semua orang akan jadi macam zombie tuh! Ada juga yang akan nampak Relax je.. Student yang relax ni ada dua jenis je.. satu student yang dah hadam semua data yang masuk exam dan satu lagi student yang tak study apa2 pun..
3) Kelibut
Kelibut ni nama pendek bagi Kelam Kabut... Student begini adalah student yang tak ada nota atau buku yang boleh diguna untuk study.. Masa study week nilah dia akan kelibut cari member2 sana sini untuk copy nota dorang.. Mungkin masa seminggu tuh tak cukup untuk student ni nak hadamkan semua data lebih-lebih lagi dia akan ambil masa untuk cari nota tuh!
4) PeNunggu SejaTi
Kalau di Universiti pula, kehadiran 80% sangat penting bagi mahasiswa untuk ambil Final Exam tuh! Jadinya, bagi mahasiswa yang selalu PonTeng secara sengaja atau tidak, akan menjadi penunggu sejati di hadapan bilik pensyarahnya. Penting kot! kalau tak boleh ambil final exam, boleh failed tau.. Selain tuh,, ada juga student yang jadi penunggu PA dia sebab nak ambil slip pendaftaran untuk masuk dewan peperiksaan..
Haaa.. kome jenis mana? kikin sendiri tak tahu kikin jenis macam mana.. hewhewhew...
Ceritanya kat sini, study week kat universiti, kita boleh balik rumah sepanjang minggu berbanding dengan masa di Matrik.. Justeru, mahasiswa itu sendiri perlu mengawal diri dia untuk study dan mengelakkan daripada jadi terlalu lagha..
Heee..... Jenis apa pun kome mase study week ni, yang penting jangan tak study langsung dan semoga berjaya mengahadapi final..
(^_^)V
p/s : Di mana pun kita berada, niat akan menentukan tindakan kita!
>HaTiku buKaN HatImu<>hanya Aku Yang Tahu Apa Yang Ada Di DalamNya<
No comments:
Post a Comment