Exams? Test? OmiGosh! I hate it!
Nama pun student kan, tak kiralah sekolah menengah ke rendah ke universiti ke malah tadika pun ade exam ni semua. Selagi kita ni bergelar pelajar, peperiksaan dan ujian tu perkara biasalah! hehe... BIASA SANGAT!
Style belajar setiap orang pula berbeza-beza kan? ada kena study awal dan ada study last minute (KIKINLAH TU) . Biasanya, yang study awal ada buat nota belajar yang comel dan cantik.. Kadang-kadang kikin jelezz tengok nota depa yang comel-comel tuh! Rajin sangat kikin ni nak buat macam tu.. hehee.. Korang pulak macam mane? mesti nota korang pun comel-comel jugak kan? Ari ni, kikin nak kongsi beberapa tips belajar saat akhir kat Cuties semua.. Jom Baca!
1) Effective
- Effective kat sini merujuk kepada masa belajar yang sesuai dengan diri kita.. Ada pelajar sesuai belajar waktu pagi, ada yang sesuai tengahari, ada yang sesuai petang dan juga malam.. Oleh sebab waktu yang berkesan untuk setiap pelajar berbeza, pelajar harus tahu waktu mana yang dia sesuai belajar.. Effective kat sini juga bermaksud dalam waktu tersebut, minda dan badan dia dalam keadaan tenang dan boleh memahami pelajaran dengan lebih mudah dan cepat.. Justeru, kita wajib tahu waktu mana kita nak belajar tau.. kalau kita main hentam keromo sahaja, kikin bimbang kita hanya membuang masa sahaja kerana apa yang kita study tu tak masuk pun dalam otak!
2) Creative
- Kreatif ni sini adalah merujuk kepada cara menghafal. Ada dua cara yang diajar kepada kikin suatu ketika dulu masa join Program Anjuran PPD.. ceRita kaRut dan gamBar Kreatif. Cerita karut tu kita bina menggunakan kata kunci sesuatu topik yang kita belajar.. Sebagai contoh kikin nak hafal bahan-bahan buat donut... Bahan-bahan: tepung roti,gula,garam,dry yeast,susu segar,butter,minyak masak,sugar powder.
ceRita kaRut : Cik Tepung Roti telah bertemu dengan En. Gula di majlis perkahwinan Pn. Garam dan En. Dry yeast..lalu mereka tertarik antara satu sama lain dan membuat date tetapi wajib ditemani oleh cik susu segar. pada hari yang dijanjikan, gangster yang bernama butter dan minyak masak telah mengganggu mereka.. Mereka diselamatkan oleh wira sugar powder yang ohsem!
hehee.. nampak tak betapa mengarutnya cerita tersebut? Itu adalah satu contoh membuat cerita mengarut dan kikin rasa korang ni mesti lagi kreatif kan? KIKIN!MOTIF SANGAT AK NAK REKA CERITA MACAM TU
Ada wa kesah lu nak buat ke tak? wa tunjuk je.. suka hati lu la nak buat ke tak..heheee..
gamBar Kreatif : gambar kreatif ni senang je.. korang lukis je apa-apa gambar yang menggambarkan topik korang tu.. berdasarkan gambar, korang ingat la kata kunci dia.. okay?
Nak tahu rasionalnya dua cara tadi? macam ni sebenarnya, otak manusia terbahagi kepada dua (kanan,kiri).. okaylah! semua orang tahu yang ni.. Yang kikin nak bagi tahu, Otak kanan lebih kepada hiburan dan kiri lebih kepada struktur.. Disebabkan si kanan ni suka main, kita akan cepat bosan jika belajar dengan cara membaca je sebab si kanan ni tak dapat apa yang dia nak.. kalau kita guna cara kreatif ni, si kanan ni akan mula berfungsi dengan cepat dan ligat sebab dia terhibur dengan seni kreatif kita..Kalau Cuties nak tahu, otak kita lebih mudah ingat fakta pelik dan luar biasa tau! Kalau tak percaya, cubalah!
3)Bayangan
- Mesti ramai yang suka baca novel kan? kalau baca novel, mesti kita bayangkan gila-gila watak hero n heroin tuh.. kita akan letakkan diri kita dalam cerita tu. betul tak? sama kalau belajar.. kita kena bayangkan apa yang kita baca tu.. bukan sahaja keyword, malah kita boleh bayangkan rajah,gambar,jadual dan sebagainya masa belajar tu.. seorang cikgu praktikum bio penah ajar cara nak bayangkan gambar.. mula-mula, kita lihat gambar tu selama 60 saat.. kemudian kita zoom sikit kat gambar tu selama 60 saat.. Next, kita tutup mata kita rapat-rapat... Bayangkan gambar yang kita dah tengok tadi.. kita akan nampak gambar tadi dengan jelas dan boleh zoom lagi gamba tu.. heheee... Sebenarnya, kikin tak dapat pun gambarkan apa yang beliau ajar.. tapi tak apelah.. kikin share ngan korangs semua..
heeee... kikin dah ngantuk sangat ni! Tu jelah yang kikin boleh kongsi setakat ni! yeayyy.. Exam dah abis dah ni!! Tak sabar nak balik!! Nak jumpa mama n abah.. Semoga cuti mid sem kali ni bermanfaat.. Selamat Bercuti kawan-kawan.. Assalamualaikum..
>HaTiku buKaN HatImu<>hanya Aku Yang Tahu Apa Yang Ada Di DalamNya<
No comments:
Post a Comment