(Tak jawab Dosa kalau Jawab Comel)
Selamat datang ke blog blogger terkenal tanah air kikin yeah! hehee.. Bajet-bajet je kan.. Perlu ke perkenalkan diri eh? hehe.. okaylah disebabkan ramai yang minta kikin akan kenalkan diri secara ringkas je.. heehee.. Cuties semua boley panggil saya dengan panggilan yang manja lagi comel kikin. Agak-agak kome teman ase dari mane? heheee.. Saya bangga menjadi rakyat PERAK! semangat gitu.. Seorang pelajar di Universiti Putra Malaysia dalam course Bacelor Sains(Pembangunan Manusia). Dah le tuh ye.. hehee.. selamat berkenalan yeah Cuties semua!
Kikin nak tanya lah kan, siapa kat sini yang masih belajar? Tak kiralah adik-adik sekolah ke atau akak-akak abang-abang kat Universiti @ Kolej ke... Tapi kat sini kikin nak fokus kepada yang tinggal di asrama @ hostel @ rumah sewa @ apa-apa je tempat tinggal yang jauh dari ibu bapa dan keluarga. heeee... Mesti ada yang cakap macam ni.
' Rumah saya belakang Universiti je tapi saya tinggal kat kolej,termasuk sekali ke?'
betul tak?
hehee.. Termasuklah juga sebab awak tuh tinggal dengan spesies Homo Sapiens kat kolej tuh.. Hah? binatang ape pulak Homo Sapiens tuh? Merepek je kikin ni!
Nak Tahu Homo Sapiens tuh ape? Tengok bawah ni..
Hehe.. Handsome kan Homo Sapiens kat atas nie? Dah Faham dah? hehee.. Homo Sapiens tuh nama saintifik untuk manusia lah! Ayaaaa~~
kikin nak fokus pada student yang tinggal di luar rumah je sebab mereka-mereka ini sama seperti kikin yang perlu hidup berdiri sambil makan kari berdikari. hehe.. Berdikari bukan main point sebenarnya. Ni ha! kalau dah duk kat kolej @ hostel @ asrama, mesti korang ada roommate kan? Berapa orang eh roommate korang? kikin ada seorang je tu pun busy memanjang. hukhukhuk.. sedeyyyyyyyy... :(
Kat sini kikin nak kategorikan beberapa gabungan roommate yang wujud di muka bumi Allah ni.
(i) Pendiam + Kepoh
~> Ni adalah gabungan yang melengkapi kot.. Yelah, dah satu pendiam dan satu lagi kepoh..hehe.. Roommate yang pendiam ni akan menyesakkan nafas roommate nye yang kaki kepoh. Hal ini adalah kerana, (macam buat esei je) roommate yang kepoh ni kadang-kadang tak boleh duk diam je dalam bilik. Mesti dia ada nak share-share dengan roommate dia tuh. Wahai roommate pendiam, janganlah simpan emas dalam mulut tuh! kasihanilah roommate anda.. Anda akan meningkatkan kemahiran komunikasi tau..
(ii) Kepoh + Kepoh
~> Yang ni kalau bertembung asenye kebaaaabbooommmmmm! ahakksss... yelah, dah dua-dua ada je nak bercerita kan. Gabungan ini biasanya menjadi perhatian ramai dan dikenali ramai. Betul tak? 'Eh! Pandai-pandai je kikin ni, Mane ada macam tuh!' Eleh! tak adalah sangat. kalau dah sampai tukang kebun dan mak cik klener tuh kenal tak ke dikenali tuh namanye? haaaha.. Wahai cuties yang kepoh, jaga juga percakapan anda ye sebab ada masanya anda mungkin menyakiti hati sesiapa.
(iii) Pendiam + Pendiam
~> Yang ni mesti bilik dia macam dalam dewan peperiksaan kan? hehee... Gabungan roommate seperti ini bukannya tak bagus cuma tak elok je. heeee... kenapa tak elok? sebab tak ada komunikasi dua hala.Kalau bila masuk bilik je masing-masing mengadap laptop dan tak bersuara pun, tak nikmatlah hidup ni! Jadi, roommate seperti ini harus meningkatkan kemahiran komunikasi mereka. heeeee...
(iv) Pemalas Kurang rajin + Rajin
~> Wahai cuties! sedarlah ye yang awak tuh dah besar dah. Kalau sampai seluar dalam awak pun roommate yang basuh, letak kat mana muka tuh? Abang kikin cakap, kalau malu flush muka kat jamban. Awak tuh tak tahu lah nak flush kat mana kan.. Tebalnye mekap muka kan? Kikin ni pun bukanlah rajin sangat tapi bila dapat roommate rajin ni, kikin segan. hehe~~ secara automatiknya, kikin akan jadi rajin sekali. Thanks roommate yang rajin, awak berjaya mengubah diri saya ke arah yang lebih baik!
(iv) Rajin + Rajin
~> Yang ni memang wow! Bilik dorang ni kalah hotel 5 bintang tau.. Kemas sungguh! Kikin suka berkunjung ke bilik yang begini. Baru selesa nak belajar @ tidur dan sebagainya. Wahai cuties yang begini, kekalkan prestasi anda! winkk..
(v) Kurang rajin + Kurang rajin
~> Rasenya gabungan ini mempunyai bilik yang kalah tongkang pecah.. heeeee... maaf ye.. cuma nak pesan sikit, kemaslah bilik awak tuh Cuties sekalian.. Jangan sampai nanti tak kenal yang mana lipas yang mana tikus.. heeeee.... Biasanya, gabungan roommate yang begini akan mengemas bilik mereka secara berkala.. fuhhhhh... sekali kemas ambikkkk kau..
Korang yang mana satu? heeee.... bila bercerita tentang roommate ni, banyaklah ragamnya kan? hurmmm... Tak semua orang boleh sekepala dengan kita ni haa,.. Ada yang kena di pandangan kita mungkin tak kena di pandangan dia kan? Mungkin betul bagi kita tapi tak semestinya betul bagi dia.. Dalam hidup ber roommate ni memang perlu banyak bersabar . Eh! kikin! Aku ni dah lama dah sabar dah ni! Tak boleh nak bendung dah ni. Hurmmm.... Solusinya kikin akan jawab dalam post yang akan datang eh.. Dah penat dah ni dari tadi duk ngadap laptop je.. heeee... Semoga Cuties semua happy selalu kayy.. Jangan sedeyyy sedeyyy.. jangan stress stress.. weeeeee..... Assalamualaikum..
>HaTiku buKaN HatImu<>hanya Aku Yang Tahu Apa Yang Ada Di DalamNya<
No comments:
Post a Comment