Naruto Uzumaki Maple Story

Sunday, 31 March 2013

My WeeKenD

(Kalau Tak Jawab Dosa Kalau Jawab Comel)

Hye Cuties! SelaMat DatAng!SeLaMat MeMbaCa!


Hye sesayang semuanya..Ate macam mane weekend kome? (baca loghat PERAK tau!) Mesti best kan? Yelah dapat luangkan masa dengan family atau kengkawan atau ehem-ehem atau sesiapa sahaja.. heee...

Hari ni kikin pergi MALAYSIA INTERNATIONAL SHOE FESTIVAL 2013.. Ingat tak semalam kikin post posternye? hee.. bagi yang belum pergi tuh ada masa lagi tau.. sampai 8.30 malam ni je.. heee... Pelbagai jenama kasut ade tahu.. Dan lagi satu, ada Festival Pengantin jugak kat PWTC tuh.. kikin baru tahu sebab tadi ade juge festival tu.. heee... meh kikin cerite pade kome perjalanan kikin hari ni.. 

Kikin turun untuk tunggu bas UPM ke KTM Serdang pada jam 10.00 pagi dan bila dah sampai kat bus stop tu, seorang pelajar beritahu bas tersebut baru sahaja berlalu pergi.. Dalam hati kikin : hah? alahai.. lambat sikit je.. Penantian kikin lebih kurang 30 minit tetapi bas masih belum tiba, secara tiba-tiba kikin teringat yang kikin tertinggal kat matrik kikin kat bilik. Otak pun mula berfikir nak ambik ke tak kad matrik tu? Akhirnya kikin buat keputusan untuk ambik kad matrik tuh dan kikin telah berlari selaju yang mungkin(kalah Watson Nyambek) untuk memastikan tak ketinggalan bas.dalam masa yang sama kikin tawakal je kalau-kalau bas terlepas. Alhamdulillah, sebaik sahaja kikin sampai kat bus stop, bas tersebut pun tiba.. 

Kikin sampai di KTM Serdang pada jam 11.00 pagi dan menanti KTM tiba dengan penuh kesabaran selama 21 minit.. Disebabkan hari ini hujung minggu, KTM penuh dengan penumpang dan tiada tempat duduk untuk kikin. Jadi, berdirilah kikin sehingga tiba di Hentian Putra. kikin tunggu abang kikin sampai dan kami berjalan kaki ke PWTC.. 

Pada awalnya, kami tak tahu jalan mana yang harus dituju dari Putra ke PWTC.. Maklumlah kami bukan nye orang Keyyelll.. hehe... Setelah beberapa usaha dilakukan kami pun berjaya menemui jalan yang benar menuju ke PWTC.. Sampai di PWTC seorang teman sudah setia menanti kehadiran kikin.. hehe... Yeayyy!!! Semalam kikin berjaya meyakinkan Pijang untuk ikut sekali.. Kami bertiga pun merayau-rayaulah masuk ke dalam PWTC tuh dengan gembiranya.. heee...

Dari satu booth ke satu booth yang lain kami tinjau dan kami dapati kasut-kasut sangat cantik dan
aDa DIskAuN!!! heee... ada 20%-70%.. Best juga mencuba kasut dari pelbagai jenama ni.. heee.. Ada jugak kasut yang bentuknya pelik-pelik belaka tapi kikin guna fon cikai je nih.. Tak ghajin nak tangkap gambo bebanyak sebab syegannnn.. heee... nanti kikin tunjuk gambar kasut yang kikin ambik kayy.. heeeee....

Lepas sakan window shopping, kikin n pijang pun shopping lah kasut sepasang sorang.. hee... sian abang kikin sebab tak belanja dia kasut pun... heee... Takpe, dia kenyang dapat KFC.. Lepas makan KFC, kami bertiga pun beransur ke destinasi masing-masing.. kikin ke serdang, abang ke shah alam dan pijang ke Keyyelll.. heee... Dalam perjalanan balik pula, penumpang KTM begitu ramai.. Ada abang polis jaga coach wanita tau.. dia suruh lelaki masuk ke coach lelaki dan tak boleh duduk di coach wanita.. heee... baguih dia jalankan tugas... Tetiba teringat seorang auntie tu yang sama coach masa perjalanan pergi.. Dia sound lelaki yang duk kat coach wanita dengan garang sekali.. hukhukhuk...

Auntie, kita ni orang Malaysia yang kaya dengan kesantunan..Kalau nak tegur janganlah kerek sangat ye.. Cakap slow-slow kan boleh.. adess...sambung semula... KTM semakin sesak masa sampai kat MidValley.. hukhukhuk.. nak dijadikan cerita, ada seorang auntie ni dia dah tua sangat n naik KTM sengsorang dari Midvalley ke Bangi.. Kasihan dia tak dapat duduk.. bila dah sampai kat Bandar Tasik Selatan, barulah kami dapat duduk dan kami duduk bersebelahan.. Auntie ni dengan ramahnya dia tegur kikin.. heee...

Baguih betul kan auntie tu.. heee...dari perbualan kami lah kikin dapat tahu destinasi dia.. sebelum kikin turun, dia sempat pesan.. "Amoy, ati-ati aaa".. heee... Ye auntie pun... perjalanan kikin pun diteruskan sehingga akhirnya tiba di kamar tercinta.. acececeece..

Tiba-tiba teringat, kalau anak-anak dah besar, adakah ibu bapa yang tua lagi uzur dibiarkan kemana-mana seorang diri? Tak kira lah bangsa apa sekali pun.. hurmmm... Semoga kikin dan Cuties semua menjadi anak yang taat dan tidak mengabaikan ibu bapa.. kikin ada hajat di hati untuk masa hadapan yang kikin pendamkan dan kikin harap ia akan menjadi kenyataan.. InSyaAllah...

heee... begitulah perjalanan kikin hari ini.. Meh Tengok Gambo kat Bawah ni...


-Muka bajet sebelum bertolak-

-kasut gergasi yang dipakai oleh pokok-

-kikin n Pijang-


-Hafizan aka Pijang-


                                                     -Wow! suka ngan replika kasut gergasi tu-
                                           

-Nilah gamba pokok pakai kasut-Tapi kenapa sebelah je?-

-Tertarik sangat dengan kasut ni! ianya sangat cute!!!-


-Warna nya menarik!-

-kikin suka yang ni!-

-Heee..Sapa pakai confirm ke langit!-

-Jangan Sentuh! Ia berduri.. Kau ingat landak je berduri?-

-Dengan abang kikin masa tunggu KTM sebelum balik..Muka rela-paksa je dia ni!-

p/s : pengajaran hari ni adalah masa tak menanti kita tapi ada insan yang sentiasa menanti kita dengan penuh kesabaran..Hargai mereka! Kedua, hormati yang tua dan sayangi yang muda.. 


 >HaTiku buKaN HatImu<>hanya Aku Yang Tahu Apa Yang Ada Di DalamNya<

Saturday, 30 March 2013

Yakinlah Wahai SahaBat

(Kalau Tak Jawab Dosa Kalau Jawab Comel)

Hye Cuties! SelaMat DatAng!SeLaMat MeMbaCa!

Sahabat Apa Khabar Denganmu? Di Sini Aku Tak Tahu Cara Nak Yakinkan Dirimu!


Heee.. Sedap tak kikin nyanyi.. hah? tak dengar? buat-buat jelah dengar eh.. Kalau Cute mesti dengar! hehe.. Ni nak cerite sikit ni.. Kikin ada kawan yang dah lama tak jumpa..heee.. Lama lah jugak kan lepas abis Matriks sampai sekarang.. Adalah jugak nak dekat setahun.

 "Choyyy!! baru nak dekat setahun kikin! Aku ni tak jumpa member aku dah dekat 10 tahun tapi aku cool je!" Amboyyy!! Kalau cute, tak cakap macam tu tahu! heee... 

kikin penah terbaca, dalam hidup ni kita akan diingati kerana dua perkara iaitu keBaikan kita dan kejaHatan kita. Jadi, sahabat kikin ni tadi, kikin ingat sebab kebaikan dia la dan bila dah lama tak jumpa, kikin rindu lah nak muahh muahh dengar cerite dia semua.

Esok adalah hari terakhir 4TH MALAYSIA INTERNATIONAL SHOE FESTIVAL 2013 kat PWTC.. Kikin dah date dengan abang kikin tapi abang kikin akan bawak fiancee dia.. so, untuk mengelakkan kikin ni huru-hara sorang-sorang (takut abg x terlayan kikin), kikin ajaklah member kikin yang dah lama tak jumpa tadi tu.. Nak Tahu Siapa? Tengok bawah ni kay..



heee... Tu diaaa... glamaroussss.. Bergaya sungguh member kikin ni ngan beg ala-ala datinzzz dan kereta putih dia.. hee.. kete dia ke? heee... tu hanya kami yang tahu.. Pijang! Pemes la hang lepeh ni..

Yang nak dijadikan story nya adalah, si Pijang ni suruh kikin yakinkan dia untuk ikut kikin ke pesta kasut tuh sebab dia ase *****... hehee.. hurmmm... Masalahnya, kikin ni tak gheti lah pulak nak Yakinkan orang.. hee... Tak Layak Jadi Promoter kan.. hurmm... Acano den nak buek ni Pijang? 

Jom Main Reverse Psychology..Beginilah Pijang ye.. Kalau Pijang rase Pijang rindu kat kikin n ade lah rase sayang sahabat kat kikin ni,, ikutlah esok.. Kikin Tak Dapat nak Janjikan apa-apa cuma InSyaAllah, Pijang akan ada Weekend yang Bermakna sebab meluangkan masa dengan orang yang sepemes kikin.. heee.... Kikin pun tak dapat nak belanja Pijang apa-apa kasut tapi kikin boleh belanja Pijang Cuci Mata Free.. heeheee... Kikin Tak Meletak harapan yang tinggi tapi kikin berharap sengsangat! heee... Dah la tu.. Tak gheti nak berkata-kata lagi...kalau Pijang baca ni, Confirm cair kan? heeeeee....

Cuties semua! Jom Pergi ke PWTC esok untuk tengok pesta kasut yang kikin cakap tuh! ni kikin bagi poster dia.. Moh Le kite~~


heeeee... kikin pun dah lapaq sangat ni.. Nak Pergi mamam lulu.. Bye-bye Cuties! 

Selamat Berhujung Minggu yee.. Assalamualaikum..

>HaTiku buKaN HatImu<>hanya Aku Yang Tahu Apa Yang Ada Di DalamNya<



Thursday, 28 March 2013

Selamat Berkenalan!

(Tak jawab Dosa kalau Jawab Comel)


Hye Cuties! SelaMat DatAng!SeLaMat MeMbaCa!


Selamat datang ke blog blogger terkenal tanah air  kikin yeah! hehee.. Bajet-bajet je kan.. Perlu ke perkenalkan diri eh? hehe.. okaylah disebabkan ramai yang minta  kikin akan kenalkan diri secara ringkas je.. heehee.. Cuties semua boley panggil saya dengan panggilan yang manja lagi comel  kikin. Agak-agak kome teman ase dari mane? heheee.. Saya bangga menjadi rakyat PERAK! semangat gitu.. Seorang pelajar di Universiti Putra Malaysia dalam course Bacelor Sains(Pembangunan Manusia). Dah le tuh ye.. hehee.. selamat berkenalan yeah Cuties semua!

Kikin nak tanya lah kan, siapa kat sini yang masih belajar? Tak kiralah adik-adik sekolah ke atau akak-akak abang-abang kat Universiti @ Kolej ke... Tapi kat sini kikin nak fokus kepada yang tinggal di asrama @ hostel @ rumah sewa @ apa-apa je tempat tinggal yang jauh dari ibu bapa dan keluarga. heeee... Mesti ada yang cakap macam ni.

' Rumah saya belakang Universiti je tapi saya tinggal kat kolej,termasuk sekali ke?'
              
betul tak?

hehee.. Termasuklah juga sebab awak tuh tinggal dengan spesies Homo Sapiens kat kolej tuh.. Hah? binatang ape pulak Homo Sapiens tuh? Merepek je kikin ni! 

Nak Tahu Homo Sapiens  tuh ape? Tengok bawah ni..


Hehe.. Handsome kan Homo Sapiens  kat atas nie? Dah Faham dah? hehee.. Homo Sapiens tuh nama saintifik untuk manusia lah! Ayaaaa~~

kikin nak fokus pada student yang tinggal di luar rumah je sebab mereka-mereka ini sama seperti kikin yang perlu hidup berdiri sambil makan kari berdikari. hehe.. Berdikari bukan main point sebenarnya. Ni ha! kalau dah duk kat kolej @ hostel @ asrama, mesti korang ada roommate kan? Berapa orang eh roommate korang? kikin ada seorang je tu pun busy memanjang. hukhukhuk.. sedeyyyyyyyy... :(

Kat sini kikin nak kategorikan beberapa gabungan roommate yang wujud di muka bumi Allah ni.

(i) Pendiam + Kepoh
 ~> Ni adalah gabungan yang melengkapi kot.. Yelah, dah satu pendiam dan satu lagi kepoh..hehe.. Roommate yang pendiam ni akan menyesakkan nafas roommate nye yang kaki kepoh. Hal ini adalah kerana, (macam buat esei je) roommate yang kepoh ni kadang-kadang tak boleh duk diam je dalam bilik. Mesti dia ada nak share-share dengan roommate dia tuh. Wahai roommate pendiam, janganlah simpan emas dalam mulut tuh! kasihanilah roommate anda.. Anda akan meningkatkan kemahiran komunikasi tau..

(ii) Kepoh + Kepoh
    ~>  Yang ni kalau bertembung asenye kebaaaabbooommmmmm! ahakksss... yelah, dah dua-dua ada je nak bercerita kan. Gabungan ini biasanya menjadi perhatian ramai dan dikenali ramai. Betul tak? 'Eh! Pandai-pandai je kikin ni, Mane ada macam tuh!' Eleh! tak adalah sangat. kalau dah sampai tukang kebun dan mak cik klener tuh kenal tak ke dikenali tuh namanye? haaaha.. Wahai cuties yang kepoh, jaga juga percakapan anda ye sebab ada masanya anda mungkin menyakiti hati sesiapa. 

(iii) Pendiam + Pendiam
 ~>  Yang ni mesti bilik dia macam dalam dewan peperiksaan kan? hehee... Gabungan roommate seperti ini bukannya tak bagus cuma tak elok je. heeee... kenapa tak elok? sebab tak ada komunikasi dua hala.Kalau bila masuk bilik je masing-masing mengadap laptop dan tak bersuara pun, tak nikmatlah hidup ni! Jadi, roommate seperti ini harus meningkatkan kemahiran komunikasi mereka. heeeee...

(iv) Pemalas Kurang rajin + Rajin
 ~>   Wahai cuties! sedarlah ye yang awak tuh dah besar dah. Kalau sampai seluar dalam awak pun roommate yang basuh, letak kat mana muka tuh? Abang kikin cakap, kalau malu flush muka kat jamban. Awak tuh tak tahu lah nak flush kat mana kan.. Tebalnye mekap  muka kan? Kikin ni pun bukanlah rajin sangat tapi bila dapat roommate rajin ni, kikin segan. hehe~~ secara automatiknya, kikin akan jadi rajin sekali. Thanks roommate yang rajin, awak berjaya mengubah diri saya ke arah yang lebih baik!

(iv) Rajin + Rajin
 ~>  Yang ni memang wow! Bilik dorang ni kalah hotel 5 bintang tau.. Kemas sungguh! Kikin suka berkunjung ke bilik yang begini. Baru selesa nak belajar @ tidur dan sebagainya. Wahai cuties yang begini, kekalkan prestasi anda! winkk..

(v)  Kurang rajin + Kurang rajin
 ~>  Rasenya gabungan ini mempunyai bilik yang kalah tongkang pecah.. heeeee... maaf ye.. cuma nak pesan sikit, kemaslah bilik awak tuh Cuties sekalian.. Jangan sampai nanti tak kenal yang mana lipas yang mana tikus.. heeeee.... Biasanya, gabungan roommate yang begini akan mengemas bilik mereka secara berkala.. fuhhhhh... sekali kemas ambikkkk kau.. 


Korang yang mana satu? heeee.... bila bercerita tentang roommate ni, banyaklah ragamnya kan? hurmmm... Tak semua orang boleh sekepala dengan kita ni haa,.. Ada yang kena di pandangan kita mungkin tak kena di pandangan dia kan? Mungkin betul bagi kita tapi tak semestinya betul bagi dia.. Dalam hidup ber roommate ni memang perlu banyak bersabar . Eh! kikin! Aku ni dah lama dah sabar dah ni! Tak boleh nak bendung dah ni. Hurmmm.... Solusinya kikin akan jawab dalam post yang akan datang eh.. Dah penat dah ni dari tadi duk ngadap laptop je.. heeee... Semoga Cuties semua happy selalu kayy.. Jangan sedeyyy sedeyyy.. jangan stress stress.. weeeeee.....  Assalamualaikum..

>HaTiku buKaN HatImu<>hanya Aku Yang Tahu Apa Yang Ada Di DalamNya<