Naruto Uzumaki Maple Story

Thursday, 29 May 2014

Lafaz Yang Tersimpan


fuuhhhhhhhhhhhhhhhhhh..... *tiup habuk sambil sapu sawang*
Assalamualaikum semua.. Long time no see me yeaahh.. hihiii...*bajet ade orang baca*

Siapa pernah dengar lagu ni cuba angkat kuku! Ehhhh.. *pelik jer kin ni.*
Hahaa.. okaylah tak kelakar pun. Cuba hayati lirik lagu ni. Sangat mendalam dan sangat AWESOME !!! 


LafaZ YanG TerSimPan


Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan



sesekali kita layan lagu jiwang tak salahkan? Bagi kin lagu ni ditulis khas untuk ayah dan ibu kita di rumah tu. Cuba hayati bait-bait liriknya. Ni lirik yang menunjukkan lagu ni khas untuk ayah bonda kita di rumah.


Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu


Tanpa kita sedar, kita sudah pun menginjak dewasa. Sudah mencapai umur matang,orang tua kata kalau kawin dah jadi bapak/mak budak. Sepanjang kehidupan kita sebagai anak, pernah tak kita lafazkan :

Abah, saya sayang abah.
Mama, saya sayang mama.

"Ya! Aku pernah kin!" 
"Eleh kin, tak usah nak poyo lah. Kau cakap ke?"
"Hurmmm... Pernah kin, masa aku kecik-kecik dulu."
"Kena cakap ke kin? Dah besar-besar ni malulah!"
"Alahh.. tak yah susah-susah nak cakap, dorang fahamlah!"
"Kin, tak cakap tak semestinya tak sayang mak ayah!"

Ya, mungkin anak-anak sekarang lebih mudah melafazkan kata-kata sayang buat kekasih hati mereka berbanding melafazkan kata-kata sayang buat ibu bapa sendiri. Tidakkah kita tahu bahawa ibu bapa kita juga punya perasaan? Kata-kata itu nampak remeh tetapi dengan itulah mereka akan rasa disayangi dan dihargai oleh anak-anak. Selagi kita masih memiliki mereka di dunia ini, hargailah dan sayangi mereka sama seperti mereka menyayangi dan menghargai kita dari saat kita berada di dalam rahim mama sehingga kita dewasa ini. Jangan malu menuturkan sayang. Jangan simpan lafaz keramat itu. Lafazkannya sebelum anda terlewat.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih abah n terima kasih mama untuk segalanya. Kakak sayang abah dan mama sangat-sangat.. 

Kita jumpa nanti.. Tak sabar nak balik rumah.
Buat kawan-kawan, selamat menjalani Study Week dan Final Exam. Semoga berjaya semua.



My beloved abah n Mama

>HaTiku buKaN HatImu<>hanya Aku Yang Tahu Apa Yang Ada Di DalamNya<