Naruto Uzumaki Maple Story

Saturday, 13 July 2013

Wolf Pirate Menawan Sg. Siput!



Hye kawan-kawan... ape kabo kome semuanya? moga-moga kome sihatlah ye.. entry kali ni tajuk nye :

Wolf Pirate Menawan Sg. Siput!

Dah macam headline surat khabar je.. hee.. well..tajuk kene gempaq  baru semangat nak cerita.. heheee..
Pada 24-26 Jun yang lepas, kikin join satu kem kepimpinan yang bernama :

'Kem Rakan MPP Gather Together '

Kem ni berlangsung selama 3 hari 2 malam di Kem Rekreasi Intan Suraya, Sg. Siput, Perak. Disertai seramai 24 peserta iaitu 15 lelaki dan 9 perempuan.. <----dah macam buat report je! Boshan..

heee... kembali ke format ala-ala comel bersama kikin.. :)

Kikin tahu mengenai kem ni lebih kurang sebulan awal sebenarnye, cuma tak buat keputusan je... Masa mula-mula dijemput kikin dah rasa honour n nak sangat pergi cuma masa tu terlalu mengharap agar ada kawan pergi bersama maka keputusan tak dibuat secara rasmi.. Tapi, sejujurnya kikin dah bagi tahu mama yang kikin nak pergi kem tu tapi tak confirm lagi.. Bila dah terlalu lama, kikin dah lupakan kem tu sampai satu hari kikin dijemput semula.. heee.. masa tu lebih kurang 3 hari sebelum last paper kikin pada 21/6.. Disebabkan barang2 kikin dah balik rumah dulu,kikin jadi 50-50 je nak pergi.. yela barang keperluan tak cukup..

Namun begitu, hati ni tergerak juga nak pergi dan kikin mula mencari kawan yang tahu tentang kem ni @ yang memang berminat pergi kem.. Akhirnya, kikin berjaya yakinkan zatie untuk join kikin pergi kem ni.. Dengan gembiranya kikin pun bagila details semua pada Abg Bukh sebab dia lah yang jemput.. heee... Memang terasa honour sangat bila dijemput sendiri oleh YDP MPP UPM tuk join kem ni.. hehheeee... 

"Ku Sangka Panas Sampai ke Petang rupanya Hujan di Tengah Hari" 

Dalam excited nak pergi tuh, ade jugak halangannye walau tak seberapa.. Pertama, tak ada member sebab zatie dah cancel saat akhir dan kedua, kaki kikin bengkak n sakit sehari sebelum kem berlangsung.. Untuk masalah pertama,kikin dapat settlekan dengan bantuan kawan-kawan baik kikin yang sudi berkongsi pendapat dan perasaan dengan kikin masa tu.. Tapi ayat Ashwani memang kikin tak akan lupa sampai bila-bila..

"Kalau tak ada member pun,satu hari nanti kene berdikari jugak"

Sejujurnya ayat ni buat kikin tersentap masa tu.. kikin mula berfikir panjang dan lebih rasional.. kikin fikir pro n cons kalau kikin join kem tu dan Alhamdulillah Allah gerakkan hati kikin untuk teruskan juga kembara pengalaman kikin tu.. Untuk masalah kedua, mama kikin yang mainkan peranan.. 22/6 kikin gerak balik ke Hutan Melintang,Perak untuk mengambil keperluan-keperluan harian yang kikin dah hantar balik lebih awal.. Kemudian 23/6 kikin bertolak ke Serdang semula dan tumpang menginap kat rumah zatie.. Sehari kikin kat rumah, pergelangan kaki mula sakit dan kaki mula membengkak.. kikin dah mula 50-50 lagi untuk pergi kem sebab takut kaki jadi lagi teruk dan mudarat.. Pagi ahad sebelum kikin gerak p Serdang, mama bawak kin pergi beli minyak kat member mama.. Dengan berbekalkan minyak tu lah kikin nekad untuk teruskan kembara pengalaman kikin.. Alhamdulillah.. kaki kikin bertambah baik dan semua aktiviti kikin dapat join.. :)

Meh kikin cerita perjalanan kem Gather Together ni...

Hari Pertama

kami gerak dari UPM pada jam 9.50 pagi dan tiba di Kem Rekreasi Intan Suraya pada jam 3.32 petang.. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 6 jam sahaja (tambah tolak berhenti rehat).. hewhewhew.. Lama wooo 6 jam perjalanan tuh.. sementara nak sampai ke destinasi tuh, 2 movie jugak kami habis tonton.. Bila dah sampai, kami diberi kunci 'rumah' dan diberi masa untuk berehat.. Memang AWESOME sangat kem ni sebab 1 rumah boleh muat sehingga 20 orang dan cuma 2 rumah sahaja untuk peserta iaitu 1 lelaki dan 1 perempuan.. Rumah tuh pulak ada kemudahan air-cond dan tv.. heee... First time kikin pergi kem yang selesa macam tuh.. Petang tu, aktiviti pertama kami adalah main siput.. heee... macam biasalah kan, bila ditanya siapa tahu semua buat2 tak tahu.. padahal dah pernah main dah.. hehee.. maaf ye abg siput.. #Ehh..

Lepas main siput, aktiviti ice breaking pula menyusul.. Disebabkan hanya ada 24 orang peserta sahaja, kami hanya membuat satu bulatan yang besar sahaja dan masa yang diambil untuk semua peserta memperkenalkan diri masing-masing adalah tidak begitu lama.. Pada malam hari pula, aktiviti yang dijalankan semakin menarik.. Aktiviti pertama untuk sesi malam pertama kami di kem tersebut adalah 
'Katak Lompat Ke Dalam Kolam'
Dalam permainan ini, kami perlu fokus dan peka..walaupun pertama kali main, kikin dapat jadi top 5 jugak tau.. heheee... lepas main katak, kami diberi sekeping kertas dan sebatang pensel untuk melukis secara bebas sama ada benda@perkara@sesuatu yang berkaitan dengan diri sendiri.. Lepas tuh, lukisan kami dikutip dan diedarkan secara rawak kepada orang yang berlainan.. Berdasarkan lukisan yang kami dapat, kami perlu memberi sedikit komen tentang diri tuan empunya lukisan dan teka gerangan tuan yang empunya lukisan tersebut.. Bab-bab teka ni memang kikin kurang pandai.. Berdasarkan lukisan yang kikin dapat, kikin compare dengan lukisan adik Zhafran yang pernah di-interprate-kan oleh sir Tan, kikin dapati tuan empunya lukisan tersebut seorang yang kesunyian,perlukan cahaya dan sukakan kedamaian.. kikin cakap begitu sebab lukisan tersebut adalah pemandangan di sawah padi.. pertama, terdapat 4 ekor burung tetapi terbang ke arah yang berbeza.. Jadi, pandangan kikin, orang begini dia ada kawan tetapi dia lebih suka menyendiri..So,sebab tu kikin cakap dia kesunyian.. Kemudian sawah padi yang terbentang menunjukkan dia suka akan kedamaian dan cahaya pula merujuk kepada matahari.. heeee... Tu pandangan kikin je dan kikin dapat teka orang yang betul.. hebat tak? heeehee.. sebenarnya kikin dapat teka sebab dia pakai pen warna hitam untuk melukis dan hanya dia yang pegang pen tuh.. So, Zaki gotcha! hehe.. Maaf ye kalau Information aku tuh salah.. Aku cuma bagi pandangan je.. :)

Aktiviti paling AWESOME untuk hari pertama adalah NIGHT WALK.. dan yang paling penting night walk kem ni adalah betul-betul mengembara di dalam hutan yang gelap dan kelam lagi mencabar.. aktiviti ni betul-betul mencabar kemampuan fizikal kikin hari tuh.. Yelah.. dah lama tak p jogging kat bukit ekspo tuh pastu kene masuk hutan.. Semput mak nok!
Night walk ni memang kikin terpaksa bergantung kepada salah seorang ahli kumpulan.. Terima kasih banyak-banyak dan minta maaf banyak-banyak sebab menyusahkan kau, Aiman..heeee.. Yang bestnye kami dapat melihat Empangan Chenderoh pada waktu malam.. Dalam aktiviti night walk ni, kikin dapat lihat 'Batu Dua' , 'Batu Hidup' dan Pokok Cheloreng.. Batu Dua ni adalah kubur orang asli zaman dulu kala, Batu Hidup adalah batu yang semakin lama semakin membesar dan Pokok Cheloreng @ Pokok Askar ni adalah 'Rumah Penunggu Hutan'.. heeeee... seram tak? Alhamdulillah.. perjalanan kami malam tuh dipermudahkan oleh-Nya dan tiada sebarang perkara yang tak diingini berlaku.. Night Walk ni ada 2 sesi tau, 1 yang masuk hutan tadi dan lagi 1 kami perlu balik ke kem seorang demi seorang dari tempat perhentian kami yang terakhir.. Yang balik sorang-sorang ni agak menyeramkan juga.. Yelah tengah-tengah malam jalan sorang-sorang kat tepi hutan.. apa perasaan? Walau pun ada rumah kat tepi-tepi, still ada juga rasa seram tu.. Alhamdulillah.. kikin dapat hadapi dengan jayanya.. yeayyyyyy... :)

Night Walk adalah aktiviti terakhir untuk malam pertama kami di kem tersebut.. Namun begitu, kami diberi tugasan untuk menyiapkan bendera, nama kumpulan dan cheers.. heeee... Malam tuh, sebelum tido kumpulan kikin berjaya menyiapkan kesemuanya.. Yeaayyy... Bila dah balik bilik apa lagi,,, tidolah! heeee.... Tapi kikin jenis susah nak tidur kat tempat baru, jadi asyik terjaga je tambah-tambah lagi teringat Batu Dua tuh.. heheeee...  Okay.. tamatlah hari pertama.. Panjang nyeeee... :)


Hari Kedua

Aktiviti untuk hari kedua ni memang kikin suka sangat-sangat... heee... Flying Fox dan Rakit memang sangat-sangat awesome!  Flying Fox walaupun dah pernah buat, bila kat atas tuh terasa juga gayatnya.. Setelah selesai ber-Flying Fox, kami teruskan aktiviti membina rakit.. Pertama kali nak bermain rakit memang membuatkan kikin excited.. Kami diajar oleh Kak Long cara-cara mengikat rakit dengan betul.. 3 buah rakit berjaya dibina oleh kami semua.. Lepas zohor kami mula menjalani aktiviti air.. Sebelum berakit, kami membuat aktiviti Water Confident.. Perlu terapungkan diri dan berenang.. Oh Mak! orang yang seberat kikin cane nak terapung? Tambah-tambah tak reti berenang, memang mintak tenggelamlah tuh.. heeee.. Nasib baik ada BA @ Bouncy Aid tuh, terapung gak kikin nih.. heheee.... Payah jugak nak berenang guna benda alah tuh.. huuuu... Bila dah habis aktiviti tuh, kami berakit.. woohoooo... yang ni memang awesome! Rakit kikin paling bersemangat sekali sebab 1 Sungai Siput boleh dengar jeritan semangat kami.. Yeahhhh... Wolf Pirate memang AWESOME! heeee... Mula-mula kikin jadi penumpang je tapi lepas tuh rasa tak best kalau tak cuba mendayung.. so, kikin pun tukar tempat menjadi pendayung lak.. Memang Awesome! Suka sangat-sangat...  Thanks korang sebab bagi pengalaman ni kat kikin.. :)

Lepas aktiviti berakit, kami diberi masa berehat,.. Semua tertidur kerana kepenatan.. heee... Malam tersebut kami ada BBQ.. heee... Memang best lah..Sebelum memulakan aktiviti seterusnya yang agak serius, kami diperkenalkan lagi dengan permainan OSOM.. Best juga.. Dah lama tak jadi kanak-kanak dan main osom-osom dengan member.. Aktiviti seterusnya sememangnya agak serius iaitu dikenali sebagai SIMULASI.. Setiap kumpulan diberi satu tema berkaitan masalah pelajar di UPM.. Kami dilantik menjadi MPP sementara pada malam tersebut.. Sejujurnya, bila aktiviti serius macam ni kikin jadi blurr... Maaf ye Wolf Pirate sebab tak bagi comitment sepenuhnya malam tuh.. huuhuu..  Pembentangan simulasi tuh memang sangat tegang dengan soalan-soalan panas dari 'Pelajar Tahun Satu' dan jawapan-jawapan YDP setiap kumpulan memang hebat-hebat dan matang... Sejujurnya, kelu lidah untuk berkata-kata bila soalan yang diajukan bertalu-talu seperti itu.. heee.. kalau tak bijak menangani situasi tersebut memang boleh jadi stress sangat-sangat... Jadi, di kesempatan ini, kikin nak ucapkan ribuan terima kasih pada abang-abang dan akak-akak MPP UPM di atas segala usaha kalian membantu mahasiswa/siswi UPM.. Tahniah kerana menjadi pemegang amanah yang amanah dan bertanggungjawab.. :)

Hari Ketiga

Akhirnya tiba juga pada hari terakhir di Sungai Siput, Perak..heeee... Aktiviti kami pada hari tersebut adalah Explorace.. Setiap check point ada tugasan yang berbeza dan mencabar..Check point pertama kumpulan kikin adalah bermain dengan mancis.. heee...nampak macam tak mencabar tapi ambil masa gak nak fikir jawapannya.. Check point kedua, kami bermain dengan cawan,tali dan getah..Yang ni credit untuk Asilah sebab dia boleh fikir dengan begitu cepat jalan penyelesaiannya.. Check point ketiga,  bermain dengan tali.. Yang ni memang perlu berfikir panjang dan kikin akan ingat sampai bila-bila sebab kikin suka..Check Point keempat main baling kasut.. heee... dulu masa kecik-kecik selalu main ni tapi yang ni kene baling botol.. dulu kikin baling tin kosong @ selipar je..Check point terakhir kami ialah bermain dengan sebatang besi.. Game dia sangat simple dan mengambil masa yang cepat untuk selesai.. Akhirnya, kumpulan kami berjaya menghabiskan kesemua game dengan jayanya dan menjadi kumpulan terawal selesai.. yeayyy... Wolf Pirate, Thumbs Up! Sejujurnya, explorace kem ni best.. heee... Lepas explorace adalah majlis penutup.. Setelah selesai majlis penutup, kami dihidangkan makanan tengah hari dan berkemas pulang ke UPM..


Kesimpulannya, banyak perkara yang dapat kikin garap daripada kem tersebut.. selain berkenalan dengan kawan-kawan baru, kikin dapat satu pengalaman baru semasa dan selepas kem tersebut..  Di kesempatan ini, kikin nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua insan-insan istimewa yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung di atas penglibatan kikin dalam kem ini.. Terima kasih juga buat semua peserta Kem Rakan MPP Gather Togather atas segala-galanya dan minta maaf juga atas segala-galanya.. Akhir sekali, terima kasih kepada MPP UPM di atas usaha kalian menjayakan kem ini dan tahniah!

Thumbs Up, MPP UPM! :)

Meh kikin kongsi sikit gambar aktiviti kami.. Credit kepada kak Wawa Qirin.. :)






























-Itulah perkongsian kikin serba sedikit tentang kembara pengalaman kikin di Sungai Siput..Jumpa lagi entry akan datang.. Kisah Pulau Kapas pula bakal menyusul-

>HaTiku buKaN HatImu<>hanya Aku Yang Tahu Apa Yang Ada Di DalamNya<